Teman Lelaki Upahan


Teman Lelaki Upahan drama terbaru di Slot Tv9 menggantikan Din Sardin Bermula hari ini 9 Feb dan bersiaran 28 episode. Arahan Azma Aizaal Yusoof. Terbitan Karya Seni / Primeworks Studio. Lakonan Ungku Ismail Aziz, Elizad, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.

Sinopsis Teman Lelaki Upahan
Disebabkan ingin memastikan perniagaan ayahnya menjadi miliknya, Kyra perlu berkahwin sebelum semua harta ayahnya diserahkan kepadanya. Malangnya, teman lelaki Kyra memutuskan perhubungan disaat akhir. Disebabkan terdesak, Kyra mengupah EL menjadi teman lelakinya walaupun dari awal lagi mereka sering bertikam lidah. Kyra Lydia juga berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Walaupun EL mempunyai masalah dengan Kyra, EL mahu membantu Kyra untuk mengenal erti kekeluargaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment