Telemovie Jangan Sembelih Merah


Jangan lupa saksikan telefilem Jangan Sembelih Merah tayangan sempena Hari Raya Aidiladha. Antara pelakonnya ialah Jalil Hamid, Nur Qistina Raisah, Aryanna Alyssa, Dilla Ahmad, dan ramai lagi. Akan disiarkan di TV9 hari Jumaat ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : JANGAN SEMBELIH MERAH 
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 September 2017. 8.30 malam 
SIARAN : TV9 (Istimewa Aidiladha) 
PENGARAH : Idora Abdul Rahman 
TERBITAN : Layar Consult Sdn Bhd 
PELAKON : Nur Qistina Raisah, Jalil Hamid, Dilla Ahmad, Puteri Natasha, Aryanna Alyssa

SINOPSIS JANGAN SEMBELIH MERAH
Tok Amin telah menghadiahkan seekor anak kambing kepada Dina. Anak kambing yang unik itu diberikan nama Merah oleh Dina kerana tanda merah di badannya.  Akibat kambing-kambing belaan Tok Amin telah dicuri, Senah mencadangkan anak Kambing "Merah" kepunyaan Dina sebagai ganti. Oleh itu, Dina pula tekad untuk melarikan si "Merah" daripada dikorban.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment