Telemovie 13 Tiang Cinta Lakonan Beto Kusyairy, Nina Iskandar

Saksikan telefilem khas sempena sambutan Hari Raya Korban berjudul 13 Tiang Cinta. Menampilkan lakonan Beto Kusyairy, Nina Iskandar, dan Shah Iskandar. Akan disiarkan pada Juamat ini, pukul 2.00 petang dan ulangannya pada 9.00 malam di saluran TVi RTM (Astro 109). Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : 13 TIANG CINTA  
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 September 2017, 2.00 petang (Ulangan 9.00 malam 
SIARAN : TVi (RTM) 
SKRIP : Siti Nur Akma 
PENGARAH : Mikail Andre 
TERBITAN : Associate Media Network Sdn Bhd 
PELAKON : Beto Kusyairy, Nina Iskandar, Shah Iskandar, Siti Rawiyani

SINOPSIS 13 TIANG CINTA 
Mengisahkan Naim seorang pemuda yang sesat jalan dalam kehidupan. Pada satu hari Naim merampas beg tangan cikgu cantik bernama Uzma. Orang ramai menangkap Naim dan mahu menyerahkannya kepada polis. Namun Uzma merayu agar Naim dilepaskan memandang beliau telah mendapatkan balik begnya.

Naim tertarik dengan rupa dan baik hati Uzma. Maka Naim cuba mengekori Uzma namun tidak berjaya. Semasa mencari Uzma, Naim bertemu dengan Imran, seorang Ustaz dan pendakwah bebas. Imran cuba menyebarkan agama Islam di sebuah kampung Orang Asli. Oleh kerana Naim tiada tempat tinggal, Imran mengajak Naim duduk dengannya. Naim kemudiannya mula tertarik dengan kerja amal yang dibuat oleh Imran. Maka Naim turut mendalamkan pengetahuan mengenai Islam.

Pada satu hari Naim bertemu dengan Uzma yang mengajar di kampung Orang Asli itu. Mereka berkawan. Hubungan baik Imran dan Uzma membuatkan Naim cemburu. Dia menyebarkan fitnah tentang Ustaz Imran menyatakan dia datang ke kampung itu untuk merampas tanah Orang Asli dan bukan semata mata untuk berdakwah. Apabila Imran bersemuka dengan Naim, Naim mengaku beliau memfitnah Imran kerana cemburu terhadap perhubungan mesra antara mereka berdua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment