Super Spontan SuperStar 2017 King Musang Vs Teggiling Taiko

Program realiti lawak spontan, ‘Super Spontan Superstar 2017' akan bersiaran selama 8 minggu dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang mulai 8 September 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) serta siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Sebanyak 16 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelawak serta selebriti terkenal tanah air.

Kesemua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn. Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.
Tayangan: Astro Warna & Warna HD 
Siaran : Mulai 9 September 2017 (Setiap Jumaat 10 malam) 
Jumlah Episod: 9 
Status: Terkini - Episod 1

Dato’ AC Mizal sekali lagi mengalas sebagai pengacara. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangatkan suasana permainan. Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000.00 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000.00 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000.00 dan trofi.

Senarai Rasmi 16 Peserta Super Spontan Superstar 2017
Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20

King Musang
Shuib Sepahtu
Fikry Ibrahim
Amy Mastura
Atu (Zero)
Zulin Aziz
Fad (Bocey)
Kamal Adli
Shuk (Joras)

Tenggiling Taiko
Achey (Bocey)
Sharif (Zero)
Danial Zaini
Mamak Puteh
Sharifah Shahirah
Rahim (Joras)
Shahrol (Shiro)
Ozzlyn Watie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment