Telemovie Mek Minyak Lakonan Izzue Islam, Sharifah Sakinah

RTM akan menayangkan semula telefilem Mek Minyak yang menampilkan lakonan Izzue Islam, Falisha Crossley, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Akan disiarkan di slot Citra pada hari Jumaat ini, pukul 9.30 malam  di TV2.

JUDUL : MEK MINYAK 

TARIKH / MASA : Jumaat, 11 Ogos 2017, 9.30 malam  
SIARAN : Slot Citra (TV2,RTM) 
PENGARAH : Amzari Amir  
TERBITAN : Ribuvision Enterprise Sdn Bhd 
PELAKON : Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Falisha Crossley, Lan Zailan, Kathy Azian

SINOPSIS MEK MINYAK 
Kisah seorang pemuda yang terpaksa memenuhi hantaran perkahwinan yang tinggi dalam tempoh sebulan sebagai syarat untuk berkahwin.

Mail telah diberi tempoh sebulan untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM15,000 oleh Pak Mus untuk mengahwini anaknya, Imah.

Mail tanpa membantah terus bersetuju untuk menerima syarat tersebut namun yang jelas ianya menimbulkan kerisauan pada ibunya, Mak Munah untuk menyediakan wang hantaran yang telah ditetapkan. Mana mungkin dalam tempeh masa yang singkat mereka mampu menyediakan jumlah wang yang disebutkan.

Mail kemudiannya mendapat idea dan berpakat dengan Sunti untuk menjadi ‘Mek Minyak’ (orang minyak) versi perempuan bagi menakutkan orang kampung. Keadaan kampung menjadi kecoh apabila ramai lelaki telah menjadi mangsa ‘Mek Minyak’.

Pak Mus sebagai Pengerusi JKK mengarahkan kawalan dilakukan bagi menangkap orang minyak tersebut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment