Kisah Dari Mekah


Drama bersiri Kisah Dari Mekah bakal menggantikan drama Biniku Ninja untuk slot Raihana di Astro Oasis. Drama terbitan Zeel Production ini merupakan arahan bersama Fadzil Teh dan Hairi Safwan. Menampilkan barisan pelakon seperti Lydiawati, Rozita Che Wan, Zain Saidin,  Redza Rosli, Nur Risteena, Ruhainies dan Cik Manggis. Ditayangkan mulai 31 Julai ini, setiap Isnin hingga Rabu pukul 9 malam di saluran Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135.

JUDUL : KISAH DARI MEKAH  
EPISOD : 15 episod 
TARIKH TAYANGAN : 31 Julai 2017 
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 9.00 malam 
SIARAN : Astro Oasis 106 & Maya HD 135 
SKRIP : Wan Mahani Wan Hussein & Adam Danial 
PENGARAH : Fadzil Teh dan Hairi Safwan 
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd 
PELAKON : Redza Rosli, Noorkumalasari, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ruhainies, Cik Maggis, Lydiawati, Aisyah Rania, Nur Risteena, Ben Ali, Aidit Noh, Hairi Safwan, PU Riz, PU Faris, Fendi Seman, Mak Jah, Zulkifli Ismail, Radzi Mansor, Ustaz Suhil

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16
SINOPSIS KISAH DARI MEKAH
Kisah Dari Mekah adalah sebuah drama berat (Islamik) berkisarkan tentang peristiwa-peristiwa aneh dan misteri yang berlaku kepada jemaah Malaysia sewaktu menunaikan haji dan umrah. Cerita diangkat berdasarkan kisah-kisah benar selain paparan akhbar dan majalah. Setiap episod memaparkan kisah dan pelakon yang berbeza.

Episod 1 : Pintu No. 9 Masjid Nabawi
Kisah benar cinta agung Datin Umi Kalthum setelah suami beliau Datuk S. Roomai Noor meninggal dunia di Tanah Suci.

Episod 2 :  Aku Jumpa Siapa?
Kisah benar tentang Aisyah yang ke Mekah tanpa wang tapi diberi bantuan oleh Allah dalam cara yang sungguh misteri.

Episod 3 :  Jodoh
Kisah benar Juwita, wanita lanjut usia, yang terdesak ke Jabal Rahmah untuk memohon jodoh tapi menolak pula bila ada yang melamar.

Episod 4 - Selepas Asar Di Tiang 251
Kisah benar Razak yang perlu memilih antara menggunakan wang untuk mengerjakan umrah ataupun melakukan pembedahan.

Episod 5 - Hilang Lima Diganti Sepuluh
Kisah benar tentang Syamsul yang kehilangan wang lima ribu yang mungkin dicuri teman sebilik.

Episod 6 - Angkuh Di Sini, Terima Di Sana
Kisah benar tentang Makcik Kalsom yang meminta pertolongan pada Zahara tetapi sering tak diendah walaupun mereka sebilik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment