Drama Meh Sandar Lagi Lakonan Mira Filzah, Aliff Aziz

Drama terbaru kesinambungan  adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku iaitu meh Sandar lagi karya Aifa Batrisya bakal menemui penonton di slot Akasia Istimewa . Menemukan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Drama bersiri 8 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. Drama Meh Sandar Pada Aku kini boleh ditonton melalui laman sesawang tonton.com.my dan akan mula disiarkan di TV3 mulai 28 Ogos 2017, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.58 malam

JUDUL : MEH SANDAR LAGI 
EPISOD : 8 episod 
TARIKH TAYANGAN : 28 Ogos 2017 
HARI / MASA : Isnin -Khamis, 6.58 petang 
SIARAN : Slot Akasia TV3 
PENULIS NOVEL : Aifa Batrisya 
SKRIP : Marr Mohammad 
PENGARAH : Emi Suffian Abd Sabhe 
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd 
PELAKON : Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad, Fendi Seman, Aidit Noh, Haff Ridzuan, Ustaz Nazeri Md Isa, Halimah Naim, Nafiez Zaidi, Yasmien, Che Puteh, Hanis Nabilah, Amalina, Dania Aina, Adam Darwisy, Shazzy Edora

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9

SINOPSIS MEH SANDAR LAGI..

Aneem berjanji akan masak yang sedap untuk Nadzhan. Dia akan cuba sehabis baik sebab dia nak jadi isteri yang sempurna. Di makmal baru pula, Nadzhan menerima kejutan kemunculan seorang doktor baru yang muncul untuk membuat penyelidikan.

Syarifah Aliya meninggalkan Nadzhan sejak kecil lagi kerana ayah Nadzhan mula muflis dan jatuh miskin. Nadzhan berasa keseorangan dan kesepian selepas ibunya meninggalkan mereka. Sejak itu, dia mula menjadi pembenci wanita. Selepas beberapa tahun, ibunya menghantar surat secara tiba-tiba menyatakan bahawa dia ingin bertemu semula dengan Nadzhan dan ingin menyambut raya bersama dengannya.

Aneem menemui Syed Emir dan memujuk untuk menceritakan tentang Syarifah Aliya. Malangnya, Syed Emir langsung tidak mahu memecahkan rahsia kerana enggan dimarahi oleh Nadzhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment