Drama Dendam Aurora Lakonan Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir

Nantikan drama bersiri Dendam Aurora adaptasi daripada telenovela Itali berjudul Tuscan Passion. Dibintangi oleh Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar. Drama sebanyak 100 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader bersama Muhd Riza Baharudin. Akan mula ditayangkan bermula 24 Julai 2017, setiap Isnin hingga Jumaat, 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

JUDUL : DENDAM AURORA 
TARIKH TAYANGAN : 25 Julai 2017 
HARI  / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang 
SIARAN : Astro Prima 104 & Maya HD 135 
PENGARAH : Feroz Kader/ Muhd Riza Baharudin 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Mia Nasir, Adam Lee, Oktovia Manrose, Aedy Ashraf, Dian P Ramlee, Eizlan Yusof, Nikki Palikat, Fazrul Khan

LAGU TEMA 
Tajuk : Nisan Cinta 
Penyanyi : Siti Nordiana  & Jaclyn Victor

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29Ep 30Ep 31Ep 32Ep 33Ep 34Ep 35
Ep 36Ep 37Ep 38Ep 39Ep 40Ep 41Ep 42
Ep  43Ep 44Ep 45Ep 46Ep 47Ep 48Ep 49
Ep 50Ep 51Ep 52Ep 53Ep 54Ep 55Ep 56
Ep 57Ep 58Ep59Ep 60Ep 61Ep 62Ep 63
Ep 64Ep 65Ep 66Ep 67Ep 68Ep 69Ep 70
Ep 71Ep 72Ep 73Ep 74Ep 75Ep 76Ep 77
Ep 78Ep 79Ep 80Ep 81Ep 82Ep 83Ep 84
Ep  85Ep 86Ep 87Ep 88Ep 89Ep 90Ep 91
Ep 92Ep 93Ep 94Ep 95Ep 96Ep 97Ep 98
Ep  99Ep 100Episod -Episod -Episod -Episod -Episod -
Episod -Episod -Episod-Episod -Episod -Episod-Episod -
SINOPSIS DENDAM AURORA 
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment