Drama Seharum Mawar Lakonan Ika Nabila, Hafidz Roshdi

Nantikan drama terbaru terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Seharum Mawar. Bakal menampilkan lakonan Ika Nabila, Hafidz Roshdi, Fezrul Khan, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama arahan Amie Maziah ini akan menghiasi slot Widuri di TV1 mulai 26 Mei ini, tayangan setiap hari sepanjang ramadan, pukul 7 malam. Bagi anda yang ketinggalan berpeluang menontonnya secara online di portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : SEHARUM MAWAR
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri (TV1-RTM)
SKRIP : Fatin Nabila, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi
IDEA ASAL : Fatin Nabila
PENGARAH : Amie Maziah Abdul Rahman
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ika Nabila, Hafidz Roshdi, Fezrul Khan, Bil Azali, Jaslin Puasa, Atikah Suhaime, Usop Wilcha, Adam Lee, Noniswara, Aishah Atan, Putri Qaseh, Nafiez Zaidi, Aishah Atan

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29Ep 30
SINOPSIS SEHARUM MAWAR
Mengisahkan Mawar anak yatim piatu dipelihara oleh datuknya, Tokya. Mawar berjaya menerima tawaran menyambung pelajarannya ke universiti, namun dia tidak dapat berbuat demikian lantaran kesempitan hidup. Tambahan pula Mawar tidak mendapat sokongan daripada keluarganya. Hanya Tokya yang menyokongnya tetapi apakan daya Tokya sudah tua dan sakit.

Mawar berjaya mendapat 10A dalam SPM dan ditawarkan ke Universiti. Datuknya yang menjaga Mawar sejak kecil ingin sangat melihat Mawar sambung belajar. Walau bagaimanapun, himpitan kewangan telah tidak memungkinkan perkara ini terjadi. Mawar tiada tempat untuk mengadu kerana ibu dan ayahnya sudah tiada. Tokya menyara kehidupannya dengan menjadi pembantu di kedai runcit Abang Kamal. Anak-anak Tokya iaitu Senah, Nah dan Husin langsung tidak menunjukkan simpati atau kasih sayang kepada Mawar.

Sementara itu di Kuala Lumpur, keluarga Puan Hafifa yang mempunyai tiga orang anak sedang mencari pembantu rumah.

Tokya semakin sakit. Mawar berasa simpati kepada datuknya dan mula menggantikan Tokya sebagai pembantu di kedai Abang Kamal. Abang Kamal yang mempunyai isteri iaitu Sarah mula berminat untuk mengambil Mawar sebagai isteri keduanya. Mawar amat tertekan dan kecewa apabila dia mendapat tahu bahawa Mak Longnya yang merancang agar Abang Kamal mengahwininya. Tekanan Mawar semakin hebat apabila Tokya meninggal dunia dan dia sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap. Akhirnya Mawar mengambil keputusan untuk pergi mencari kehidupannya di Kuala Lumpur.

Mawar diterima menjadi orang gaji di rumah Puan Hafifa dan Tuan Jamal. Rumah itu dihuni juga oleh Farhan, Amin dan menantu mereka Syakir yang lumpuh. Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan anak kepada Syakir yang bernama Anggerik juga tinggal di rumah itu. Mawar menjadi orang gaji yang sangat rajin dan mula disukai oleh keluarga majikannya. Mawar menghadapi pelbagai kerenah penghuni rumah orang kaya itu. Syakir seorang yang pemarah kerana kecacatannya. Farhan pula sombong. Manakala Amin pula sedang sibuk bercinta dengan Syirin.

Mawar tetap bertahan. Anggerik yang tiada beribu juga telah mula menyayangi Mawar kerana layanan Mawar yang sangat ikhlas itu. Manakala di kampung pula, Abang Kamal tetap menantikan kepulangan Mawar dan mencetuskan pertengkaran antara dia dan isterinya.

Kehidupan Mawar di rumah itu berjalan seperti biasa. Malahan keikhlasan Mawar bekerja di sini telah membawa sedikit perubahan kepada seluruh ahli keluarga majikannya. Syakir mula boleh menerima Mawar di situ. Amin berkomunikasi baik dengan Mawar. Anggerik dilayan dengan baik dan manja.

Hanya Farhan yang masih berdegil, berfoya-foya dan sombong. Malah Farhan sering mencari pasal untuk memarahi Mawar. Puan Hafifa juga sering memperkatakan tentang kebaikan perangai orang gajinya kepada pelanggan-pelanggan di SPAnya. Dalam keadaan yang tenang itu sebenarnya Mawar tetap merintih hatinya dan sering teringatkan datuknya Tokya. Mawar tetap redha. Lalu apakah kesudahan jalan hidup Mawar? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+ comments + 5 comments

14 June 2017 at 14:36

Bile update lagi admin ?

15 June 2017 at 10:41

kenapa xde smbungan?

19 June 2017 at 17:22

erm.... aku x sabar nk nk tgok ending nya...

28 June 2017 at 00:33

Update pls admin

5 July 2017 at 23:18

Mohon update admin.. Xsempat tgok ending dia.. Please

Post a Comment