Drama Ketupat Rendang Brownies Coklat Lakonan Rita Rudaini, Rashidi Ishak

Drama Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat disiarkan sempena bulan Ramadan ini. Diterbitkan oleh Lumatic Films dan arahan pengarah Razaisyam. Ditayangkan bermula 25 Mei setiap Khamis jam 6.00 petang selama 4 episod sahaja.

Para Pelakon
Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Khatijah Tan, Habiel Lutfillah, Mior Hashim Manaf, Khayrisyah Kemal, Nazeera Sardi, Ruhainies.


Ep1Ep 2Ep3Ep 4Ep5Ep 6Ep7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep11Ep 12Ep13Ep14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20
Sinopsis Ketupat Rendang Brownies Coklat
Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja. Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.

Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau dengan hidangan rendang yang enak, dimasak dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.

Saksikan drama Ketupat Rendang Brownies Coklat yang dibawakan khas oleh Panasonic ini pada setiap Khamis, 6 petang di TV3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment