Drama Tukar-Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda, Chef Fikree

Jutaan Ringgit Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri bertajuk Tukar Tukar Menu pada bulan Ramadan nanti. Drama yang diarahkan oleh Rusdi Ramli ini dilakonkan oleh Izreen Azminda, Chef Fikree, Norlia Ghani serta dua pelakon kanak-kanak iaitu Muntazar Ghani dan Baby Sofea. Akan mula ditayanngkan di TV3 bermula 29 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 12.30 tengah hari.

JUDUL : TUKAR-TUKAR MENU 
EPISOD : 16 episod 
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei2017 
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 12.30 tengah hari 
SIARAN :  TV3 
SKRIP : Azlina Din 
IDEA ASAL : Dato A Aida 
PENGARAH : Rusdi Ramli 
TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn Bhd 
PELAKON : Izreen Azminda, Chef Fikree, Norlia Ghani, Muntazar Ghani, Baby Sofea, Syamim Razi, Zee Zainal, Fiza Halim, Annie Arifin, Ziema Din, Noreen


SINOPSIS TUKAR-TUKAR MENU
Mengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar.

Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu.

Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami.

Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula.

Dipaparkan juga bagaimana Cat dan Cef Shak setiap hari menyediakan menu berbeza dan diberikan kepada jiran mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment