Drama Mencintaimu Mr Photographer

Nantikan drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan utama Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan disiarkan di saluran Astro Ria pada bulan Julai nanti. 

JUDUL : MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER #MencintaimuMrPhotographer
TARIKH / MASA : Julai 2017 
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123 
PENULIS NOVEL : Emma Mariam 
PENGARAH : Eyra Rahman  
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd 
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Elvina Chua, Ikmal Amry


Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17
SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+ comments + 4 comments

23 July 2017 at 09:30

Episode13 sudah ade ker

23 July 2017 at 09:31

Episode13 sudah ade ker

24 July 2017 at 08:32

episode 13?

24 July 2017 at 09:00

Sy duk tnggu ep 13 ni mana nya

Post a Comment