Drama Budak Ijat Lakonan Adam Mika dan Amy Mastura

Nantikan kemunculan drama bersiri Budak Ijat di slot Iris TV3. Membariskan pelakon seperti Nik Adam Mika, Amy Mastura, Azhan Rani, Eyra Hazali, Zaidi Omar, Ieda Moin dan ramai lagi. Sebuah drama terbitan Radius One Sdn Bhd, diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Bakal menemui penonton bermula 17 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petag di TV3.

JUDUL : BUDAK IJAT 
EPISOD : 22 episod 
TARIKH TAYANGAN : 17 Mei 2017 
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang 
SIARAN : Slot Iris TV3 
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin 
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd 
PELAKON : Nik Adam Mika, Amy Mastura, Azhan Rani, Zaidi Omar, Noryati Taib, Ieda Moin, Eyra Hazali, Elmy Moin, Farzana Latiff, Akhbar Latefi 


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
SINOPSIS BUDAK IJAT
Rykal memasang azam untuk mendapatkan pahala ramadhan yang sebanyak mungkin. Akibat dari cita-citanya itu, Rykal melakukan pelbagai perkara bagi membantu keluarga dan orang kampung. Malangnya perbuatan baik Rykal itu acapkali berakhir dengan musibah dan kekecohan oleh orang kampung. Dalam masa yang sama, ibu dan ayahnya berdepan dengan masalah. Ayahnya Razak, telah dibuang kerja atas alasan yang tidak diketahui. Manakala ibunya Fatimah, telah mula mengabaikan keluarganya akibat mengambil mempahan baju yang terlalu banyak. Ini menambahkan lagi huru hara pada keluarga Rykal. Sehinggalah pada satu hari, Rykal hilang dari kampung. Kehilangannya telah menimbulkan panik dikalangan keluarga dan mereka yang pernah membencinya satu ketika dahulu. Namun kehilangan Rykal segera terjawab apabila ianya mempunyai hubungkait dengan masalah yang ditimbulkan oleh Joyah dan Hamid iaitu jiran sebelah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment