Drama Joyah Lakonan Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri

ZK Creative Production akan mempersembahkan drama siri komedi bertajuk Joyah (Dulu Susah Sekarang Alhamdulillah) arahan Nazir Jamaluddin. Membariskan pelakon seperti Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Kazar Saisi, Dottie dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod itu akan ditayangkan bermula 19 April, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : JOYAH DULU SUSAH SEKARANG ALHAMDULILLAH 
EPISOD : 20 episod 
TARIKH TAYANGAN : 19 APril 2017 
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam 
SIARAN : Slot Kelakarama TV9 
SKRIP : MF Kencana 
PENGARAH : Nazir Jamaluddin 
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd 
PELAKON : Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Syuhaida Abraz (Dottie), Issey Fazlisham, Azlee Senario, Ieda Moin, Ika Nabila, Fathil Dani, Amyza Aznan, Joey, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Kathy Azian, Ucop Cecupak, A.Galak, Amai Kamarudin


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
SINOPSIS JOYAH DULU SUSAH SEKARANG ALHAMDULILLAH
Mengisahkan keluarga Joyah yang penuh ragam bersama suaminya, Daud dan dua anak mereka yang nakal, Syak dan Dotie. Joyah tidaklah sekaya usahawan lain, tetapi semuaya berada dalam keadaan yang terkawal. Berkat perniagaan kerepek pisangnya yang terkenal hingga dieksport ke Korea dan Perancis, dia kini mempunyai banyak tanah kebun, ladang sawit dan kilang kerepek.

Anaknya, Syak selalu menyusahkan Joyah, manakala Dotie pula sangat manja dan pemalas. Begitu juga dengan watak Daud yang takut bini dan sentiasa tunduk kepada Joyah. Pelbagai rencah dan masalah yang melanda Joyah sekeluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment