Drama Arluna Adaptasi Novel Lakonan Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir

Produksi Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama adaptasi novel Arluna tulisan Rin Ahmad. Menampilkan lakonan Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir selaku teraju utama dibantu oleh Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian. Bakal menemui para penonton menerusi saluran Astro Ria. Nantikan!

JUDUL : ARLUNA 
EPISOD : 16 episod 
TARIKH / MASA : 2016, Isnin-Khamis, 10.00 malam 
SALURAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123 
PENGARAH : Emi Suffian 
NOVELIS : Rin Ahmad 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16
SINOPSIS ARLUNA
Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment