Telemovie Gelap Lakonan Beto Khushairy, Sharnaaz Ahmad, Fasha Sandha

telemovie  bertajuk  “Gelap” pada  25 Mac ini, pukul 9.00 malammengisi slot Panggung Seri di TV1.


Lakonan mantap Beto Khushairy, Sharnaaz Ahmad, Fasha Sandha dan Dian P.Ramlee di bawah 
arahan  Haris  Kadir  ini  mengisahkan  Ghazlan  dan  Hisyam  berkawan  sejak  kecil  bercita-cita 
hendak  menjadi  anggota  keselamatan.  Mereka  berkawan  hingga  ke  IPTA  tetapi  selepas  tamat 
pengajian hubungan mereka terputus. 

Ketika  di  kampus,  Hisyam  dan  Aisyah  bercinta.  Namun  sikap  Hisyam  yang  panas  baran hingga sanggup  bertengkar  dengan  ayah  Aisyah,  Datuk  Kamal  menyebabkan  hubungan  mereka 
mendapat  tentangan  hebat.  Datuk  Kamal  juga  mengugut  mereka  memutuskan  hubungan  jika 
tidak mahu Aisyah dibuang keluarga.  Hisyam akur demi Aisyah dan meninggalkan Aisyah tanpa 
khabar berita. Aisyah sedih dan kecewa. 

Hisyam  sebenarnya  terbabit  dalam  bidang  kepolisian  dan  menjadi  undercover.  Kariernya  itu 
menyebabkan  dia  mengambil  tindakan  menyepi  diri  daripada  Aisyah  walaupun  hakikatnya  dia 
benar-benar mencintai Aisyah. 

Ghazlan dan Aisyah bertemu setelah dua tahun mereka keluar dari IPTA. Apabila bertemu Datuk 
Kamal mendesak Aisyah menerima lamaran lelaki lain, Aisyah serba salah kerana dia masih lagi 
mencintai  Hisyam.  Setelah  didesak,  akhirnya  Aisyah  meminta  bantuan  Ghazlan  supaya 
mengganti tempat Hisyam. Meskipun berat menerima tetapi akhirnya Ghazlan akur. 

Dua  tahun  perkahwinan  Aisyah  dan  Ghazlan  dan  ketika  Aisyah  sarat  mengandung,  Hisyam 
muncul  kembali  dalam  kehidupan  mereka  apabila  Hisyam  ditugaskan  terlibat  dalam  unit  ATIP 
bahagian  risikan.  Ghazlan  dan  Hisyam  terlibat  dalam  satu  operasi  OPS  JARING  untuk 
membanteras sindiket pemerdagangan manusia. 

Konflik dalam diri Ghazlan bermula apabila Hisyam mengenangkan momen-momen silam mereka 
termasuk  mengakui  yang  dia  masih  cintakan  Aisyah.  Sepanjang  malam  ketika  operasi  Ghazlan berada dalam keadaan keliru. 

Dalam  waktu  yang  sama,  Zaki  dan  Hendra,  warga  Indonesia  sedang  mengatur  penyeludupan 
manusia  untuk  permintaan  di  Cameron  Highlands.  Zaki  ingin  menundakan  rancangan  mereka 
kerana  operasi  besar-besaran  oleh  pihak  berkuasa  sedang  dilakukan  di  sana.  Bagaimanapun 
Hendra mendesak supaya mereka meneruskan juga rancangan tersebut kerana dia memerlukan
duit  untuk  urusan  membawa  keluarganya  ke  Malaysia  secara  sah.  Zaki  akhirnya  akur  dengan

pengurusan penghantaran dilaksanakan juga tetapi Zaki mengubah lokasi penghantaran iaitudi 
kawasan hutan bakau di tepi laut. 

Dalam keadaan Ghazlan berperang dengan perasaan sendiri terhadap Hisyam, keadaan menjadi 
kecoh apabila Zaki mengubah lokasi penghantaran. Bagaimanapun kecekapan unit ATIP dengan 
kerjasama anggota APMM, mereka berjaya mengesan lokasi baru. 

Bot  pancung  yang  dipandu  Budi  tersangkut  di  beting  pasir.  Zaki  arahkan  mangsa  termasuk 
sepasang  suami  isteri  bersama  anak  mereka  terjun  ke  laut  dan  berenang  ke  pantai. Mangsa 
yang terjun ke laut dan mendarat di pantai telah diserbu oleh unit ATIP. Manakala Ghazlan dan 
Hisyam  berkejar  ke  dalam  laut  untuk  menahan  Budi  dan  beberapa  orang  lagi  mangsa.  Melihat Ghazlan  dan  Hisyam,  tiga  beranak  itu  terjun  ke  dalam  laut  bersama  anak  mereka  hingga akhirnya mereka lemas. 

Dalam keadaan terdesak itu, Ghazlan memberitahu Hisyam yang telah berkahwin dengan Aisyah 
dan  Aisyah  telah  sarat  mengandung.  Ghazlan  mahu  Hisyam  menjaga  anaknya  jika  apa-apa 
berlaku kepadanya. Kemudian Ghazlan terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa yang lemas. 
Malangnya mangsa yang lemas telah menjadikan Ghzalan tempat berpaut dan ini menyebabkan 
Ghazlan  lemas.  Melihat  keadaan  Ghazlan,  Hisyam  terjun  untuk  menyelamatkan  Ghazlan.  Lalu 
apakah kesudahannya? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment