Son Goku Maskot Sukan Olimpik 2020

Karakter lanun, robot dan adiwira popular bakal menjadi duta Sukan Olimpik di Tokyo tiga tahun akan datang.

Walaupun tempohnya masih panjang, Jawatankuasa Olimpik Tokyo telah mengumumkan bahawa mereka memilih karakter Son Goku daripada siri animasi Dragon Ball Z sebagai maskot utamanya.

Selain Goku, antara karakter lain yang bakal mewarnai temasya berprestij itu nanti ialah Naruto, Luffy, Sin Chan, Pretty Cure, Sailor Moon dan Astroboy.



Bagaimanapun, karakter-karakter popular daripada animasi Pokemon seperti Pikachu tidak tersenarai untuk karakter pilihan sukan tersebut.

Langkah promosi negara matahari terbit itu pun sudah bermula apabila cenderamata karakter-karakter kesayangan ramai itu sudah mula dijual.

"Selebriti animasi popular itu digunakan untuk menarik minat golongan muda terutamanya. Ia juga langkah terbaik untuk mempromosi dan meraikan budaya karakter animasi Jepun," kata wakil penganjur kepada Konbini.




Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga awal-awal lagi sudah mendedahkan negaranya bakal mempromosikan budaya terkenal Jepun sejak upacara penutup Sukan Olimpik di Rio, Brazil tahun lalu.

Ketika acara itu, beliau muncul dengan menyarung maskot Super Mario.

Sukan Olimpik Tokyo akan bermula pada 24 Julai hingga 9 Ogos tahun 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment