Mahu Hidup Lama Demi Anak, Jang Hyuk Sanggup Berhenti Merokok

Pelakon Korea, Jang Hyuk akui sanggup berhenti merokok dan kurangkan minum kopi segera kerana anak bongsunya.

Perkara itu didedahkan oleh Jang Hyuk atau nama sebenarnya Jung Yong Joon, 40, menerusi satu temubual dalam program MBC Section TV Entertainment Relay baru-baru ini.

Menurut Jang Hyuk, dia mahu menjaga kesihatannya supaya dapat melihat anak-anaknya membesar.

"Mungkin bila anak bongsu saya menjadi dewasa, umur saya pasti hampir mencecah 70 tahun.

"Saya harus pastikan kesihatan saya sentiasa berada dalam keadaan baik supaya dapat melihat mereka membesar.

"Untuk memastikan perkara itu berlaku, saya harus membuang tabiat buruk saya yang gemar merokok dan juga minum kopi segera. Jadi dah buat keputusan untuk berhenti melakukan perkara berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Jang Hyuk muncul dengan filem terbaru berjudul Ordinary People.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment