Kandungan Belum Kuat, Amar Mahu Amyra Berehat

Pelakon Amar Baharin memberitahu mahu isterinya, Amyra Rosli berehat memandangkan kandungannya masih belum cukup kuat.

Menurut Amar, 31, jadual kerja isterinya itu akan dirombak oleh pengurus mereka dan akan direhatkan daripada dunia lakonan buat sementara waktu.

“Alhamdulillah Amyra sihat cuma doktor nasihatkan supaya dia berehat dan tidak boleh bekerja sekurang-kurangnya dua minggu.

“Seronok memang seronok bila dapat tahu bakal jadi bapa tapi dalam masa yang sama rasa risau juga sebab kandungan masih awal dan macam-macam boleh berlaku.

“Jadi saya kena rehatkan dia cukup-cukup dan jadual kerja Amyra akan diubah atas nasihat doktor.

“Kalau ikutkan saya memang tak galakkan dia berlakon drama bersiri dan mahu rehatkan dia sehingga selamat bersalin.

“Kalau boleh saya mahu dia fokuskan pada bidang pengacaraan dan duta produk saja kerana tidak mengambil masa yang panjang,” katanya 

Amar ditemui pada sidang media pelancaran Rangkaian Drama Melayu Astro 2017 bertempat di Saloma Bistro, Ampang pada petang Rabu.

Bercerita mengenai Amyra, Amar memberitahu isterinya itu sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan.

“Sebenarnya kami baru balik daripada Australia kerana ada penggambaran projek Theme Park dan Romantika.

“Sepanjang penggambaran, dia tidak menunjukkan tanda-tanda pelik cuma dia hanya mengadu sakit perut tapi saya anggap itu perkara normal yang disebabkan oleh gastrik.

“Kemudiannya waktu kami menaiki bot, dia mula muntah dua kali dan kami ingat itu perkara itu disebabkan oleh mabuk laut.

“Sebaik saja tiba di Malaysia, dia mula rasa tidak sedap hati dan beli alat ujian kehamilan dan ada tanda positif.

“Tak ada niat nak sorokkan berita baik ini, tapi kalau boleh kami tak mahulah hebohkan kerana masih lagi diperingkat awal,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Amar bakal muncul dengan drama terbaru berjudul Jadikan Aku Yang kedua yang akan ditayangkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) mulai 3 April depan.

Selain Amar, drama tersebut turut dibintangi oleh Amyra Rosli dan Yana Samsudin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment