Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire Lakonan Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi

Drama adaptasi novel Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza akan datang di HyppTV. Drama arahan Eyra Rahman ini akan menampilkan lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi sebagai pelakon utama. Tarikh tayangan akan diberitahu kelak.

JUDUL : PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE 
EPISOD : 30 episod 
TARIKH / MASA : 2017 
SIARAN : HyppTV 
PENULIS NOVEL : Aii Fariza 
PENGARAH : Eyra Rahman 
TERBITAN : Mangkin Prestij 
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Nazeera Sardi, Lia Natalia, Fatin Afeefa, Sharifah Shahora, Ellyas Abdullah, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Adam Shahz, Shima Anuar, Amanda Hariz

SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka dukan antara mereka berdua. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+ comments + 1 comments

7 June 2017 at 06:49

NOR ZABARlAH23
MakCun3
😴😴😴😴
😉😉😉😉

Post a Comment