Cerekarama Trauma Lakonan Janna Nick, Zara Zya, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Raja Afiq serta Idris Khan

Telefilem yang bakal ditayangkan pada 11 Mac 2017 ini diarahkan sutradara terkenal Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan dibintangi enam pelakon popular tanah aiar iaitu Janna Nick, Zara Zya, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Raja Afiq serta Idris Khan.


JUDUL : Trauma  
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2017 
HARI / MASA : SABTU 9Mlm 
SIARAN : Tv3  
PENGARAH : Sheila Rusly 
TERBITAN :  JS Pictures Sdn Bhd  
PELAKON :Roza lakonan Janna Nick, Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza) 


SINOPSIS #TRAUMA  #DFKL2017
Telefilem ini mengisahkan enam sekawan iaitu Roza lakonan Janna Nick, Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza) yang saling mengenali melalui laman sosial ‘chatroom’.

Mereka ada satu persamaan iaitu pernah mengalami trauma dalam hidup. Mereka memutuskan untuk bertemu dan pergi bercuti bersama.

Roza menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian itu. Ketika mahu mengambil kunci rumah sewa daripada jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit ditegur oleh jiran sama dengan pepatah yang berbeza.

Promo (SumberYoutube)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment