BoBoiBoy Galaxy Musim Baru di TV3

Siri animasi popular BoBoiBoy diteruskan dengan siri terbaru berjudul BoBoiBoy Galaxy. Penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy itu bakal menyaksikan kelainan pada penampilan hero cilik mereka yang dilihat semakin matang. Sekuel baru ini akan memfokuskan lebih banyak aksi pengembaraan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya iaitu Yaya, Gopal, Ying dan Fang menghadapi penjalanan yang lebih mencabar. BoBoiBoy Galaxy berkisar mengenai kisah Boboiboy dan kawan-kawannya yang mengembara dari planet ke planet sekitar galaksi untuk mencari Sfera Kuasa baru. Akan disiarkan di slot Bananana TV3 bermula 25 November 2016, setiap Jumaat pada pukul 5 petang. Juga boleh ikuti setiap episod di laman Youtube Monsta.

TAJUK : BOBOIBOY GALAXY 
EPISOD : 20 episod 
GENRE : Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction 
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2016 
HARI / MASA : Jumaat, 5.00 petang 
SIARAN : Slot Bananana TV3 
PENGARAH : Nizam Razak 
CERITA ASAL : Nizam Razak & Anas Abdul Aziz 
TERBITAN : Animonsta Studios Sdn Bhd

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Galaxy yang bakal disiarkan di TV3 ini mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza. 

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari watak-watak jahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan semula BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang, dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+ comments + 1 comments

14 July 2017 at 00:18

asal boboiboy tak tayangkan?? episode 14 mana!!!!!!!!!!!!

Post a Comment