Fedi Nuril Akui Suka Aura Positif Bella Sepanjang Penggambaran SYTD 2

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril akui menyukai aura positif yang diberikan oleh heroin aktres Laudya Cynthia Bella sepanjang penggambaran filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD 2).

Menurut Fedi, 34, dia tidak mempunyai sebarang masalah ketika berlakon bersama Bella kerana wanita itu merupakan seorang yang periang.

“Saya kenal Bella sudah lama jadi sebab itu kami tidak ada masalah untuk bina keserasian kami di layar perak.

"Filem ini banyak bermain dengan emosi dan boleh dikatakan Bella merupakan pencetus semangat kami di set penggambaran dengan personaliti yang amat menyenangkan dan sentiasa bertenaga,"katanya

Mengulas mengenai SYTD 2, Fedi memberitahu filem tersebut merupakan sebuah naskah hebat.

“Saya terima untuk berlakon dalam filem kerana jalan cerita yang cukup hebat. Perjalanan dan plot cerita disusun mengikut rencah tersendiri yang mampu menarik minat saya.

“Apabila ditawarkan untuk berlakon filem hebat semestinya saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan,” katanya.

Selain Fedi, filem SYTD 2 turut dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian dan Nora Danish.

Filem arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Februari lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment