Drama Jadikan Aku Yang Kedua Lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin

Opera Klasik Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Jadikan Aku Yang Kedua nukilan Siti Khadijah. Menampilkan lakonan pasangan suami isteri iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli. Drama 18 episod arahan Rashid Sibir itu bakal ditayangkan di saluran Astro Oasis pada bulan Mac depan. 

JUDUL : JADIKAN AKU YANG KEDUA 
TARIKH / MASA : Mac 2017 
SIARAN : Astro Oasis 
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah 
PENGARAH : Rashid Sibir 
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd  
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad

WATAK PELAKON 
Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad 
Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena
Yana Samsudin sebagai Wawa 

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
Episod  29Episod 30Episod 31Episod 32Episod 33Episod 34Episod 35
Episod 36Episod 37Episod 38Episod 39Episod 40Episod 41Episod 42
Episod  43Episod 44Episod 45Episod 46Episod 47Episod 48Episod 49
Episod 50Episod 51Episod 52Episod 53Episod 54Episod 55Episod 56
Episod 57Episod 58Episod 59Episod 60Episod 61Episod 62Episod 63
Episod 64Episod 65Episod 66Episod 67Episod 68Episod 69Episod 70
Episod 71Episod 72Episod 73Episod 74Episod 75Episod 76Episod 77
Episod 78Episod 79Episod 80Episod 81Episod 82Episod 83Episod 84
Episod  85Episod 86Episod 87Episod 88Episod 89Episod 90Episod 91
Episod 92Episod 93Episod 94Episod 95Episod 96Episod 97Episod 98
Episod  99Episod 100Episod -Episod -Episod -Episod -Episod -
Episod -Episod -Episod-Episod -Episod -Episod-Episod -
SINOPSIS JADIKAN AKU YANG KEDUA
“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?

Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment