Drama Cik Serba Tahu Lakonan Remy Ishak, Sari Yanti




Nantikan drama Cik Serba Tahu diadaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Sebuah drama terbitan Orangetree Production arahan Shuhaimi Zulkefli. Dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra dan ramai lagi. Drama sebanyak 16 episod itu akan ditayangkan di Astro Ria pada bulan Mac 2017. 

JUDUL : CIK SERBA TAHU 
TARIKH / MASA : Mac 2017 
SIARAN : Astro Ria & Astro Ria HD 
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli 
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd 
PELAKON : Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Nadia Brian

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment