Drama Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis



Nantikan drama bersiri Andainya Takdir yang akan mengisi di slot Samarinda TV3. Ditunjangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Drama terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Akan disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan nanti. 

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR 
EPISOD : 16 episod  
TARIKH / MASA : Ramadan 2017 
SIARAN : Slot Samarinda TV3 
PENGARAH : Along Kamaludin 
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd 
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Ikhlas Jalil

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah 

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment