Latest Post

Drama Red VelVet Lakonan Alif Satar, Neelofa

Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana yang akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Neelofa. Turut membintangi Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nadya Syahera, Alif Hadi dan ramai lagi. Drama sebanyak 20 episod arahan Hadith Omar.

JUDUL : RED VELVET  
TARIKH / MASA : 2017 
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD) 
PENULIS NOVEL : Acik Lana 
PENGARAH : Hadith Omar 
TERBITAN : Cube Films 
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Hani Nazrina

WATAK PELAKON 
Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq  
Amira Othman sebagai Suhaila 

SINOPSIS RED VELVET
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?



Festival Filem Malaysia 29 [FFM29 2017]

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini. Sebanyak 53 filem dipertandingkan pada acara tersebut terdiri daripada 41 filem berbahasa Malaysia, enam Mandarin, lima Tamil dan satu Inggeris. FFM29 mempertaruhkan 24 kategori merangkumi 18 kategori yang dipertandingkan, manakala enam daripadanya anugerah yang tidak dipertandingkan. Lima calon finalis bagi setiap kategori hanya akan mengumumkan pada malam anugerah.

Kategori filem yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki & Wanita Harapan, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik selain tiga anugerah khas juri, Penggiat Belakang Tabir, Filem Box Office dan Karyawan Sepanjang Zaman. 

Bertemakan 'Transformasi Citra Karya', FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada pukul 9 malam. Zizan Razak diberi kepercayaan mengemudi acara Malam Anugerah FFM29 bergandingan dengan tiga lagi artis wanita iaitu  Nabila Huda, Siti Elizad, Elizabeth Tan

Seramai lebih 20 selebriti dan karyawan seni akan menyampaikan anugerah pada malam kemuncak tersebut. Antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin, Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi. Malam anugerah juga akan dihiasi dengan persembahan artis popular antaranya KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Aisyah Aziz, Mirwana, Salamiah Hassan dan Atilia.

Telemovie Kakak Iparku Memang Win Lakonan Aliff Aziz, Nur Risteena

Tips papa dari Tengku Razeen.Saksikan telefilem Kakak Iparku Memang Win arahan Khalid Nadzri menampilkan lakonan Aliff Aziz, Nur Risteena, Muntazar Ghani dan ramai lagi. Akan bersiaran hari Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9

Vdo Kakak Iparku Memang Win

JUDUL : KAKAK IPARKU MEMANG WIN 
TARIKH / MASA : Isnin, 18 September 2017. 8.30 malam  
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9) 
PENGARAH : Khalid Nadzri 
TERBITAN : Ansar Creative Media Sdn Bhd  
PELAKON : Aliff Aziz, Nur Risteena, Kuza, Muntazar Ghani, Adriana Fareesha, Aishah Azman

KAKAK IPARKU MEMANG WIN
Irfan tidak sabar menunggu kedatangan bakal kakak iparnya iaitu Siti, isteri kepada abangnya Ardi. Irfan terperanjat apabila kak Siti tidak seperti yang dibayangkan dan berlainan wataknya dari yang lain.

Telemovie Kayuhan Kasih Ayah Lakonan Aman Graseka, Balqis Samundur Khan

Saksikan kisah penuh pengajaran dalam telefilem Kayuhan Kasih Ayah arahan Idora Abdul Rahman. Lakonan Aman Graseka, Balqish Semundur Khan, Liza Othman, Asri Iskandar dan ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam.

Vdeo Kyuhan kasiah Ayah

JUDUL : KAYUHAN KASIH AYAH  
TARIKH / MASA : Sabtu, 16 September 2017. 9.00 malam  
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 
PENGARAH : Idora Abdul Rahman 
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd 
PELAKON : Aman Graseka, Balqis Samundur Khan, Liza Othman, Azri Iskandar, Ieka Zulkifli


SINOPSIS 

  Yatim seorang yang lurus bendul. Dia menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat satu perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke rumah anak yatim. Sejak hari itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial, anak Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi tetapi Iskandar melarang perbuatan anaknya kerana menganggap rezeki itu hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain.

Suatu hari, Iskandar bertanya pada Yatim mengenai pengorbanannya terhadap anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu adalah peluang kegembiraan dan kebahagiannya.

Konsert Negaraku

Konsert Negaraku #kitasamahero. Saksikan kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2017 di Stadium Likas, Sabah.


Konsert ini dhoskan oleh Jihan Muse dan Syaiful Zero.

Artis jemputan yang menjayakan konsert ini adalah Ayai Ilusi, Azharina, M.Nasir, Hafiz Suip, Hazama, Ismail Izzani, Kaka Azraff, Mawi, Nera, Siti Nordiana, Tajul, Wany Hasrita, Wan Rul Puppet